"Duduk rumah, kerja dia main dengan tengok youtube jer. Tadika dia ada buat kelas online jugak tapi tak berkesan. Sampai sekarang tak boleh membaca, tahun depan sekolah buka tak tahu lah macam mana."
"Setiap kali ajar, saya sendiri yang akan give up.
Tak tahu lah mana silap, teknik tak betul ke,
cepat sangat rasa nak marah & tak mampu kawal perasaan ke, saya dah cuba tapi tak berjaya."
Anak dah sekolah rendah tapi masih tak reti / merangkak membaca. Nak jawab periksa jadi masalah sebab nak baca soalan pun tak reti atau ambil masa terlampau lama untuk baca soalan.
Dah nak masuk darjah 2, tapi masih tak nampak apa-apa kemajuan tahap bacaan. Covid-19 ni pulak, sepanjang tahun sekolah tutup.Kesian sungguh tengok anak tak mampu catch-up prestasi kanak-kanak lain.
Teknik,sistem & pendekatan yang kami gunakan adalah hasil kajian & pengalaman kami membantu hampir 17,000 pelajar LANCAR MEMBACA TANPA MENGEJA SEPANTAS 3 BULAN. PROVEN RESULT !
Guru-guru kami diberikan latihan intensif berkala tentang teknik Read Hero & skill mengajar bagi memastikan kualiti pembelajaran yang berkesan, sama seperti kelas fizikal dapat dicapai.
Murid dibahagikan 6 orang per kelas & diajar secara 'One To One" selama 1 jam 30 minit. Beza kami dengan kelas online tadika anak anda ialah kami ajar setiap seorang secara individu, dan anda boleh tahu prestasi harian anak anda melalui aplikasi AoneSchools (semua parents boleh akses).
Teknik & sistem perjalanan kelas kami berpaksikan Marginal Adjustment Theory, dimana pelajar akan diajar secara bergilir & ada time interval diantara setiap lesson. Ketika giliran anak anda, hanya akan ada anak anda & guru sahaja didalam screen, bagi memastikan 100% fokus diberikan kepada guru.
Tiada lagi hafalan yang banyak sehingga menghilangkan minat anak anda belajar membaca. Dalam Kelas membaca Online Read Hero, mereka akan diajarkan arahan-arahan simple untuk posisikan lidah & bentukkan mulut bagi mengeluarkan bunyi setiap sukukata. Terbukti lebih menyeronokkan & mudah faham.
Kelas ini dijalankan secara Live setiap hari, anak anda perlu login menggunakan laptop/smartphone melalui link kelas yang diberikan oleh admin mengikut jadual yang anda tetapkan. Anak anda boleh terus belajar, Covid-19 tidak lagi menjadi sebab pelajaran terbantut.
Kami sangat galakkan ibubapa duduk bersama ketika sesi untuk belajar bersama teknik kami ini, senang anda buat ulangkaji bersama si comel anda nanti bila anda dah tahu teknik. Perhatikan skill memenangi hati pelajar yang guru kami amalkan, tanya tips & teknik terus dari guru Read Hero.
Prestasi anak anda direkodkan & dianalisa setiap hari oleh team Guru Pemantau yang berpengalaman mengajar lebih dari 7 tahun. Setiap hari, guru-guru kami akan review prestasi setiap pelajar bagi mengesan sebarang masalah pembelajaran yang dihadapi. Anda juga diberikan akses ke aplikasi AOneSchools dimana rekod & review prestasi anak anda direkod.
Teknik yang kami gunakan dinamakan Read Hero. Asas teknik ini adalah adaptasi dari teknik pembelajaran huruf Al-Quran, dimana setiap huruf vokal & konsonan akan diajar menggunakan arahan-arahan mudah posisi lidah & pembentukan mulut bagi menghasilkan bunyi setiap gabungan konsonan & vokal.
Berbeza dengan teknik phonik dimana pelajar perlu menghafal bunyi & bentuk semua gabungan sukukata. Dengan teknik Read Hero, pelajar tidak akan dibebankan dengan hafalan sukukata.
Disebabkan oleh kurang beban menghafal & mudahnya pengenalan arahan mengeluarkan bunyi melalui teknik Read Hero, pelajar akan menguasai bacaan dalam tempoh yang lebih singkat berbanding pelajar yang belajar teknik membaca secara mengeja (tradisional) atau teknik phonik.
Umur yang sesuai bermula dari 4 tahun & keatas.
Majoriti murid kami berumur 5-6 tahun.
389 dari 512 orang pelajar kami sekarang adalah berumur 5-6 tahun.
Murid sekolah yang sudah bersekolah tapi masih gagal membaca juga sesuai join kelas ini.
Kelas ini dibahagikan secara berkumpulan namun pengajaran dijalankan secara one-to-one.
Setiap kumpulan ada 6 pelajar yang akan belajar dengan seorang guru yang sama.
Setiap pelajar akan belajar dengan guru secara individual screen-time. Pelajar yang lain akan dikumpulkan dalam waiting room & diberikan aktiviti sendirian sementara menunggu giliran.
Selama 1 jam 30 minit itu, pelajar akan bergilir-gilir sesi one-to-one dengan guru.
Marginal Adjustment Theory.
Ada sebab mengapa kami tidak ajar anak murid dalam masa 30 minit sekaligus untuk setiap pelajar. Ini kerana had fokus & perhatian kanak-kanak 4 -12 tahun hanyalah lebih kurang 5 minit sahaja. Jadi menepati dengan prinsip marginal adjustment theory, setiap pelajar akan diajar lebih kurang 5 minit, kemudian dilepaskan untuk melakukan aktiviti lain seperti melukis & mewarna, kemudian apabila giliran nya sampai, dia akan diajar lagi 5 minit. Begitulah proses perjalanan kelas sepanjang 1 jam 30 minit.
Langkah ini perlu untuk kami memastikan pelajar menyerap & memahami lesson yang diajar. Tempoh masa aktiviti bersendirian tadi adalah salah satu cara kami mengukur kemampuan & memastikan lesson yang diajar tadi berjaya diserap & menjadi kefahaman pelajar tersebut.
Purata pelajar akan dapat menyerap 1-3 lesson setiap sesi kelas bergantung kepada daya ingatan & tahap fokus masing-masing.
Inilah SOP perjalanan kelas yang kami amalkan sejak tahun 1997 mengendalikan kelas belajar membaca di semua 13 cawangan kami, dan proses yang sama kami lakukan di dalam Kelas Membaca Online Read Hero.
Setiap kelas memakan masa 1 jam 30 minit. Pelajar dikehendaki bersedia di depan laptop atau handphone 10 minit sebelum sesi mengikut jadual pilihan bermula.
Semua tenaga pengajar kami adalah staf yang telah mengikuti kursus latihan khas teknik Read Hero.
Setiap guru yang diberikan pentauliahan mengajar telah terlebih dahulu melalui proses saringan tahap kualiti pengajaran sebelum dibenarkan mengajar.
Sistem kami menetapkan seorang guru pakar yang menjadi pemantau terhadap perjalanan sesi kelas & kualiti pengajaran semasa kelas berlangsung bagi memastikan guru mengikuti SOP pengajaran dan juga memastikan setiap sesi memberikan impak & kesan progress yang optimum terhadap prestasi pelajar.
Semasa negara dilanda covid-19 pada bulan Mac 2020, kami terpaksa menangguhkan perjalanan kelas di semua 7 cawangan Kelas Membaca Minda Optima di sekitar Lembah Klang.
Semua pelajar kami pindahkan belajar secara online.
Sepanjang tempoh PKP yang pertama tempoh hari, kami hanya menjalankan kelas online untuk pelajar seramai 185 orangĀ yang sedia ada (pelajar Kelas Membaca Minda Optima).
Pada mulanya, kami sendiri tidak pasti jika online class ini berkesan atau tidak.
Setelah 3 bulan, dapatan daripada analisa kami, sangat mengejutkan,
prestasi pelajar kami ketika belajar di kelas secara fizikalĀ ketika belajar secara online adalah 100% sama.
Malah terdapat sebahagian pelajar menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam kelas online berbanding belajar secara kelas fizikal.
Anda boleh baca sendiri testimoni dari ibubapa yang dah join kelas ini.